Monday 26 January 2015

New Product : Mini Cup Bun

Assalamualaikum

Nak perkenalkan produk baru dari JAZ Homemade. Sesuai untuk diletakkan di dalam goodies bag untuk pelbagai acara
 Mini Cup Bun - boleh pilih filling (blueberry, strawberry, oren, kiwi, butterscotch)
Harga : RM1.20/pc
Min Order : 80 biji
Strawberry dan orange filling

Berminat? Boleh terus email ke jazhomemade@gmail.com

Roti : Projek 'Consignment'

Assalamualaikum

Blog makin jarang dikemaskini. Bukan apa kadangkala tak teringat pun nak ambil gambar untuk order yang diterima. Kadangkala pula, bila dah ambil gambarnya tengok gambar mcm tak bestnya (lebih-lebih lagi kalau guna hp) terus terkubur hasrat nak update blog. Harap 2015 ne makin rajinlah kami update blog dan ambil gambar untuk setiap produk yang kami hasilkan.

Sempena 2015, kami try untuk kembangkan produk yang ada. Alhamdulillah, dah dapat beberapa tempat harapnya sesi 'test market' ini berjaya. Mungkin dari segi produk itu sendiri tak berapa nak cun maklumlah kami masih baru dah dunia roti ini. Namun harapnya di masa depan kami dapat hasilkan roti setanding roti yang berada di pasaran. Apa pun, moga ada rezeki kami.
 15 biji roti pelbagai jenis - mini pizza, bun kacang merah, cheese bun dan sosej bun untuk warung di hadapan rumah saya di Pulau Meranti
11 set mini sarang lebah & sos butterscotch ini pula kami hantar di Shell Puchong. Moga dapat feedback yang baik.

Selain itu, kami berjaya mendapat tempat secara consignment di salah satu kedai makan di Sg.Merab berdekatan dengan Rest. Ramai. Moga berjayalah sesi 'test market' kami di situ. Terima kasih pada Puan Najihah kerana sudi bagi peluang kepada kami di JAZ Homemade.

Order : Roti Sarang Lebah & Chicken Floss (Pelbagai)

Order kali ini diterima dari:

Lela (Puchong) :1 set sarang lebah dan 2 bekas chicken floss
Syikin (LCCT) : 6 set sarang lebah dan 4 set chicken floss

Terima kasih kalian sudi order dari JAZ Homemade. Harap berpuas hati dengan rotinya. Buat kawan-kawan yang ingin rasa roti keluaran JAZ Homemade macam biasalah, jangan segan-segan untuk hubungi kami.

Monday 12 January 2015

New : Mini Sarang Lebah & Chicken Floss

Assalamualaikum
Lamanya tak update blog. Busy kekdahnya huhuhu. Walaupun blog tak berupdate namun kami tetap menerima tempahan untuk roti dan biskut keluaran JAZ Homemade. Terima kasih untuk sokongan yang diberi dan mudah-mudahan berpuas hati dengan produk kami.

Kami ada terima permintaan untuk sarang lebah dan chicken floss dalam saiz mini.
Sarang lebah : RM2.50
Chicken floss : RM3.50
Kuantiti : 3 biji roti/set
Minimum order : 10 set
Sesuai untuk dijadikan sebagai cenderamata atau diletakkan di cafe dan sebagainya.

Buat yang berminat untuk mencuba sendiri produk keluaran JAZ Homemade atau ingin menjadi agen, seperti biasa boleh emailkan ke jazhomemade@gmail.com