Monday 20 October 2014

Mini Pavlova - Ain (Putrajaya)

Tempahan pavlova ini sebenarnya saya terima last minute. Mujurlah bahan-bahan yang diperlukan untuk pavlova ini memang bahan2 biasa (putih telur, gula castor dan beberapa bahan sampingan lain). Kiranya takdelah susah hati mana nak cekau bahan-bahan utamanya. Bangun awal pagi, bancuh satu adunan dan terus bakar. Alhamdulillah, meringue tak meragam kali ini.

Inilah hasilnya, 8 biji mini pavlova Ain order sempena birthday adiknya. Terima kasih Ain untuk ordernya. Syukur dapat review yang baik dari Ain. Risau juga sebenarnya takut tak kena dengan selera. 

Buat kawan-kawan yang berminat untuk order, terdapat 2 saiz :

- Mini pavlova (8 pcs) - RM20
- 8' pavlova (2 layer) - RM60

Berminat?Email aje ke jazhomemadecookies@gmail.com

No comments:

Post a Comment