Monday 26 January 2015

New Product : Mini Cup Bun

Assalamualaikum

Nak perkenalkan produk baru dari JAZ Homemade. Sesuai untuk diletakkan di dalam goodies bag untuk pelbagai acara
 Mini Cup Bun - boleh pilih filling (blueberry, strawberry, oren, kiwi, butterscotch)
Harga : RM1.20/pc
Min Order : 80 biji
Strawberry dan orange filling

Berminat? Boleh terus email ke jazhomemade@gmail.com

Roti : Projek 'Consignment'

Assalamualaikum

Blog makin jarang dikemaskini. Bukan apa kadangkala tak teringat pun nak ambil gambar untuk order yang diterima. Kadangkala pula, bila dah ambil gambarnya tengok gambar mcm tak bestnya (lebih-lebih lagi kalau guna hp) terus terkubur hasrat nak update blog. Harap 2015 ne makin rajinlah kami update blog dan ambil gambar untuk setiap produk yang kami hasilkan.

Sempena 2015, kami try untuk kembangkan produk yang ada. Alhamdulillah, dah dapat beberapa tempat harapnya sesi 'test market' ini berjaya. Mungkin dari segi produk itu sendiri tak berapa nak cun maklumlah kami masih baru dah dunia roti ini. Namun harapnya di masa depan kami dapat hasilkan roti setanding roti yang berada di pasaran. Apa pun, moga ada rezeki kami.
 15 biji roti pelbagai jenis - mini pizza, bun kacang merah, cheese bun dan sosej bun untuk warung di hadapan rumah saya di Pulau Meranti
11 set mini sarang lebah & sos butterscotch ini pula kami hantar di Shell Puchong. Moga dapat feedback yang baik.

Selain itu, kami berjaya mendapat tempat secara consignment di salah satu kedai makan di Sg.Merab berdekatan dengan Rest. Ramai. Moga berjayalah sesi 'test market' kami di situ. Terima kasih pada Puan Najihah kerana sudi bagi peluang kepada kami di JAZ Homemade.

Order : Roti Sarang Lebah & Chicken Floss (Pelbagai)

Order kali ini diterima dari:

Lela (Puchong) :1 set sarang lebah dan 2 bekas chicken floss
Syikin (LCCT) : 6 set sarang lebah dan 4 set chicken floss

Terima kasih kalian sudi order dari JAZ Homemade. Harap berpuas hati dengan rotinya. Buat kawan-kawan yang ingin rasa roti keluaran JAZ Homemade macam biasalah, jangan segan-segan untuk hubungi kami.

Monday 12 January 2015

New : Mini Sarang Lebah & Chicken Floss

Assalamualaikum
Lamanya tak update blog. Busy kekdahnya huhuhu. Walaupun blog tak berupdate namun kami tetap menerima tempahan untuk roti dan biskut keluaran JAZ Homemade. Terima kasih untuk sokongan yang diberi dan mudah-mudahan berpuas hati dengan produk kami.

Kami ada terima permintaan untuk sarang lebah dan chicken floss dalam saiz mini.
Sarang lebah : RM2.50
Chicken floss : RM3.50
Kuantiti : 3 biji roti/set
Minimum order : 10 set
Sesuai untuk dijadikan sebagai cenderamata atau diletakkan di cafe dan sebagainya.

Buat yang berminat untuk mencuba sendiri produk keluaran JAZ Homemade atau ingin menjadi agen, seperti biasa boleh emailkan ke jazhomemade@gmail.com

Sunday 9 November 2014

Promosi : Roti Sarang Lebah & Chicken Floss

Alhamdulillah, dapat review yang agak bagus untuk roti sarang lebah dan chicken floss keluaran JAZ Homemade. Buat sapa-sapa yang berminat, kami ada jual roti sarang lebah dan chicken floss. Untuk sarang lebah, RM6/set manakala untuk chicken floss, RM8/set. Kami takde buat service penghantaran (kecuali order 10 biji ke atas), maknanya kena self pick up di Putrajaya, Puchong atau pun KL Sentral  (weekend sahaja).
Berminat? Boleh email di jazhomemade@gmail.com

Roti sarang lebah dengan limpahan sos butterscotch
* Nak jadi agen pun boleh ;-)

Monday 20 October 2014

Red Velvet Cupcakes - Ain (Putrajaya)

Dah lama sebenarnya tak bake red velvet. Makan apatah lagi, dah bekurun rasanya tak pekena. Bila dapat order dari Ain untuk saudaranya yang baru pulang dari China, saya dah susah hati. Risau tak menjadi je. Lepas tu pula, resepi untuk cream tu biasanya saya memang campak-campak je ,takde resepi khusus. So risau gak ler cream cheese tak kena dengan selera saudara Ain. Namun malam tu dapat msg di FB dari Ain, review yang diberikan memang buat saya kembali bernafas lega. Syukur RV saya ini kena dengan selera saudara Ain.

Untuk 15pcs RV cupcakes ini saya jual dengan harga RM30.
Berminat untuk mencuba RV dari JAZ Homemade? Jangan malu-malu utuk hubungi kami...

Mini Pavlova - Ain (Putrajaya)

Tempahan pavlova ini sebenarnya saya terima last minute. Mujurlah bahan-bahan yang diperlukan untuk pavlova ini memang bahan2 biasa (putih telur, gula castor dan beberapa bahan sampingan lain). Kiranya takdelah susah hati mana nak cekau bahan-bahan utamanya. Bangun awal pagi, bancuh satu adunan dan terus bakar. Alhamdulillah, meringue tak meragam kali ini.

Inilah hasilnya, 8 biji mini pavlova Ain order sempena birthday adiknya. Terima kasih Ain untuk ordernya. Syukur dapat review yang baik dari Ain. Risau juga sebenarnya takut tak kena dengan selera. 

Buat kawan-kawan yang berminat untuk order, terdapat 2 saiz :

- Mini pavlova (8 pcs) - RM20
- 8' pavlova (2 layer) - RM60

Berminat?Email aje ke jazhomemadecookies@gmail.com