Monday 26 January 2015

Roti : Projek 'Consignment'

Assalamualaikum

Blog makin jarang dikemaskini. Bukan apa kadangkala tak teringat pun nak ambil gambar untuk order yang diterima. Kadangkala pula, bila dah ambil gambarnya tengok gambar mcm tak bestnya (lebih-lebih lagi kalau guna hp) terus terkubur hasrat nak update blog. Harap 2015 ne makin rajinlah kami update blog dan ambil gambar untuk setiap produk yang kami hasilkan.

Sempena 2015, kami try untuk kembangkan produk yang ada. Alhamdulillah, dah dapat beberapa tempat harapnya sesi 'test market' ini berjaya. Mungkin dari segi produk itu sendiri tak berapa nak cun maklumlah kami masih baru dah dunia roti ini. Namun harapnya di masa depan kami dapat hasilkan roti setanding roti yang berada di pasaran. Apa pun, moga ada rezeki kami.
 15 biji roti pelbagai jenis - mini pizza, bun kacang merah, cheese bun dan sosej bun untuk warung di hadapan rumah saya di Pulau Meranti
11 set mini sarang lebah & sos butterscotch ini pula kami hantar di Shell Puchong. Moga dapat feedback yang baik.

Selain itu, kami berjaya mendapat tempat secara consignment di salah satu kedai makan di Sg.Merab berdekatan dengan Rest. Ramai. Moga berjayalah sesi 'test market' kami di situ. Terima kasih pada Puan Najihah kerana sudi bagi peluang kepada kami di JAZ Homemade.

No comments:

Post a Comment